WasiAt HaSSan al-BaNNa...

"Saudaraku,
Jgnlah engkau putus asa,krn putus asa bknlah sikap
org Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adlh mimpi hr kelmarin,
& impian hr ini adlh kenyataan di hari esk..
Waktu msh panjang & hasrat akan t'wujudnya kedamaian masih t'tanam dlm jiwa masyarakat kita,
meskipun fenomena2 kerosakan & kemaksiatan menghantui mereka..
Yg lemah tdk akan lemah sepanjang hidupnya & yg kuat
tdk akan selamanya kuat..."

Wednesday, January 27, 2010

ILMU LUGHAH

SEMANTIK

Pengenalan

1.Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
2.Dalam bahasa, kata dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
3.Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapkannya.

Makna Kata

1.Dalam kajian bahasa, bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dalam ayat dikenal sebagai semantik.
2.Kajian tentang makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek yang berikut :

(a)makna denotasi dan makna konotasi
(b)makna dalam konteks
(c)hubungan makna dengan kebudayaan
(d)perubahan makna
(e)bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik

3.Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat.

Contoh : ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak
Kaki ayam : kaki pada ayam.

4.Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, dan makna rujukan.
5.Makna konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat kepada makna denotasi.

Contoh : ibu ayam : orang yang kerjanya mencari pelanggan untuk pelacur-pelacur.
Kaki ayam : kaki yang tidak berkasut.

6.Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.
7.Terdapat kata-kata seerti (sinonim) yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi makna konotasi yang berbeza.

Contoh : Kata mati dan meninggal dunia membawa maksud denotasi perstiwa jiwa seseorang meninggal jasadnya tetapi dari segi makna konotasi, penggunaan perkataan meninggal dunia adalah lebih sopan daripada penggunaan perkataan mati.

No comments:

Post a Comment