WasiAt HaSSan al-BaNNa...

"Saudaraku,
Jgnlah engkau putus asa,krn putus asa bknlah sikap
org Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adlh mimpi hr kelmarin,
& impian hr ini adlh kenyataan di hari esk..
Waktu msh panjang & hasrat akan t'wujudnya kedamaian masih t'tanam dlm jiwa masyarakat kita,
meskipun fenomena2 kerosakan & kemaksiatan menghantui mereka..
Yg lemah tdk akan lemah sepanjang hidupnya & yg kuat
tdk akan selamanya kuat..."

Sunday, March 21, 2010

IGT (Intelect Generation Training) 21 March 2010
bersama ustaz Pahrol Bin Ahmad Juoi- Ketua Editor Majalah Solusi)
satu program yg sgt menarik,yg mana ia membawa diri kita utk mengenali diri kita
yg sebenar n membawa kte b'fikir sejauh yg mgkn...
apaka tujuan utama kita diciptakan d muka bumi ini?
adakah sekadar utk mengecapi nikmat yg yg terbentang luas yg mana lgsng tdk dpt d hitung oleh manusia?
padahal,segala kenikmatan dunia itu tdk sememangnya kekal..bahkan akhirat
nan abadi...

Wednesday, January 27, 2010

TUJUH TAHAPAN DAKWAH FARDIAH

OLEH : MUSTAFA MAHSYUR

Marhalah Pertama

Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan
dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar
merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya
dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain.

Marhalah Kedua
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di
jiwa mad’u.

ILMU LUGHAH

SEMANTIK

Pengenalan

1.Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
2.Dalam bahasa, kata dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
3.Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapkannya.

Makna Kata

1.Dalam kajian bahasa, bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dalam ayat dikenal sebagai semantik.
2.Kajian tentang makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek yang berikut :

(a)makna denotasi dan makna konotasi
(b)makna dalam konteks
(c)hubungan makna dengan kebudayaan
(d)perubahan makna
(e)bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik

3.Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat.

Contoh : ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak
Kaki ayam : kaki pada ayam.

4.Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, dan makna rujukan.
5.Makna konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat kepada makna denotasi.

Contoh : ibu ayam : orang yang kerjanya mencari pelanggan untuk pelacur-pelacur.
Kaki ayam : kaki yang tidak berkasut.

6.Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.
7.Terdapat kata-kata seerti (sinonim) yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi makna konotasi yang berbeza.

Contoh : Kata mati dan meninggal dunia membawa maksud denotasi perstiwa jiwa seseorang meninggal jasadnya tetapi dari segi makna konotasi, penggunaan perkataan meninggal dunia adalah lebih sopan daripada penggunaan perkataan mati.

Friday, January 15, 2010

"Mujahidah dari Bumi Jihad"

Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dinullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…

Aku Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad…
Andai tak siap bisa kau pilih…
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbeban dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
terlebih keluh kesahku…

Tak mungkin aku memilihmu…
bila yang fana lebih kau cinta…
Lupa akan kilauan dunia dan remangnya lampu kota…
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana…
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu…
dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu…

Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azam`ku tuk lupa akan dirimu…

Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak bererti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa doa…
meraih syahid… tujuan utama…
Robbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan redhaMu…
Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…

Thursday, December 24, 2009

salam...
dgn izin yg Maha Agung
dpt kte bersua kembali stelah beberapa mggu ana b'cuti...
alhamdulillah..syukur skali kpdNya krn ana di pnjgkn lagi umur
utk m'cari sbyk mgkn bekalan bg menuju ke sana kelak...
spnjg cuti sem br2 nie,byk masa @ waktu sy habiskan kt umah b'sama bonda & ayahnda yg t'cinta...
inilah yg mnyebabkan ana terasa berat sgt hati tuk melangkahkan kaki tuk dtg
ke UKM semula tuk mneruskan p'juangan sbg seorang pelajar...
ttp bila d fikir2 kn bhw mgkin dgn inilah dpt mngubah ms dpn kami sekeluarga,
maka ana mnguatkan jg smngt tuk bangkit meneruskan jg p'juangan...
bila ana kenang kembali bgmna ibu dan ayah ana b'susah payah
setiap hr tuk m'cari sdkt sbnyak "buah tangan" tuk kami sekeluarga
sehinggalah skrg..
di situ br sy nmpak & sedar betapa jasa & pngorbanan mrk sgt besar & tdk t'nilai
walhal sebnyak buih di lautan sekalipun..SUBHANALLAH!!!

Thursday, November 5, 2009

Hari-hari yg indah.....SUBHANALLAH!!!!!!

salam...
ape yg ada d fikiran antum antunna smua
ble sy ktkan ttg hari2 yg indah???
mstilah,,antum antunna smua akn ktakn
dpt enjoy,melancong mne2,ada byk duit dan sebagainya,,,
btul x?tp pe2 pn smua 2 b'gntung atas stp org...
bg ana, hari2 yg indah dlm hidup adlh
ble mne sy brada dlm keadaan yg ssh...
msti antum antunna plik kn...
bkn pe,sbbnye kssusahan n pnderitaan 2
byk mngajar ana erti khdpn sbnr...
ksshn 2 m'jadikan ana lbih b'fikiran matang n mmpu tuk
meneruskan hari2 yang seterusnya...
"ssghnya dlm kedukaan 2 ada kegembiraannya"